KUALA LUMPUR, 2 MEI: Sambutan Hari Raya di seluruh negara hari ini kembali meriah dengan masjid dan surau dipenuhi jemaah yang hadir bersama keluarga masing-masing dengan mengenakan pakaian berwarna-warni bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri selepas dua tahun meraikannya secara sederhana.